Di Malaysia, pelaburan di dalam hartanah bukanlah perkara asing dewasa ini dan telah dilakukan berdekat lalu. Namun, kekurangan fasiliti kewangan membataskan pelaburan ini kepada mereka yang berpendapatan mewah, ataupun sekiranya ada dari golongan yang berpendapatan sederhana ataupun rendah, peratusannya amatlah sedikit, a.k.a ciput aje..Di Malaysia, pelaburan di dalam hartanah bukanlah perkara asing dewasa ini dan telah dilakukan berdekat lalu. Namun, kekurangan fasiliti kewangan membataskan pelaburan ini kepada mereka yang berpendapatan tinggi, ataupun sekiranya ada dari golongan yang berpendapatan sederhana ataupun rendah, peratusannya amatlah sedikit, a.k.a ciput aje..
Tetapi sekiranya diperhatikan, hampir 5 tahun kebelakangan ini, pelaburan di dalam sektor hartanah mula diperkatakan oleh ramai pihak. Ya. semua orang berminat ingin melabur di dalam hartanah. Didorong oleh pulangan pelaburan yang sangat menguntungkan & dibantu oleh fasiliti kewangan yang semakin pelbagai dan kompetitif (dengan erti kata lain, menguntungkan para pelabur hartanah).
Kemunculan produk-produk kewangan Islam yang semakin banyak dari pelbagai institusi perbankan juga menyebabkan, mereka yang pada mulanya ragu-ragu untuk melabur semakin berani membuka langkah di dalam pelaburan hartanah. Pergi sahaja ke mana mana institusi perbankan Islam pasti ramai yang mengakui, produk-produk yang ditawarkan adalah setanding (ataupun lebih baik) dengan produk-produk konvensional. Kita tinggalkan dulu bab produk kewangan Islam ini, InsyaAllah akan dibicarakan pada post yang akan datang secara sepintas lalu (kalau secara komprehensif, ana bukan ahli di dalam perbankan syariah Islam lah).
Namun, walaupun pulangan daripada pelaburan hartanah adalah sangat menguntungkan, terdapat beberapa faktor yang perlu diberi perhatian oleh mereka yang ingin menceburkan diri, berdasarkan pengalaman saya sendiri yang baru berjinak-jinak di dalam pelaburan hartanah (Cita-cita ingin menjadi seperti mentor saya DSR, mentor pelaburan [dan juga pelabur] hartanah di Malaysia, InsyaAllah), beberapa teknik perlu dipraktikkan bagi memastikan anda benar-benar mengoptimumkan potensi pelaburan anda. Ingat!!!, pelaburan hartanah juga mempunyai risiko yang tersendiri. Teknik-teknik ini adalah:
- Sumber kewangan...... Others People Money!!! Ya, pelabur hartanah yang bijak, mengunakan teknik ini bagi pelaburan mereka. Ketahui teknik pelaburan ini di sini
- Aliran Tunai Positif. Ketahui teknik pelaburan ini di sini
- Lokasi
- Lokasi
- Lokasi
Tidak dinafikan dan telah dibuktikan iaitu terdapat individu di Malaysia yang berpendapatan RM2,500 berjaya membeli 9 hartanah di dalam masa 6 bulan sahaja. Orang putih cakap, 'sound to good to be true', tetapi ini adalah hakikat pelaburan hartanah, iaitu dewasa ini, di Malaysia, orang seperti kita juga boleh berjaya di dalam pelaburan hartanah. Ingin berguru dengan mentor pelabur ini, klik sini.
Akhir kata, pelaburan hartanah menjanjikan pulangan yang lumayan, lumayan dengan erti kata lain, sekiranya kita tahu teknik yang betul untuk melabur sahaja. Mungkin ramai yang mengatakan, mereka juga berjaya mendapat pulangan yang baik tanpa asas pelaburan hartanah yang kukuh. Tetapi, jangan lupa, ramai juga yang terkandas, diingatkan sekali lagi, pelaburan hartanah mempunyai risiko yang tersendiri, apatah lagi ia melibatkan pelaburan yang banyak, . Jadi penuhi dahulu ilmu di dada dengan banyakkan membaca buku-buku pelaburan hartanah ataupun menyertai seminar/coaching program daripada mereka yang professional (dengan erti kata lain, pelabur hartanah) seperti yang dianjurkan oleh Dr Shah Wan Razali (DSR). Sekiranya anda berminat untuk mengikuti seminar pelaburan hartanah beliau, klik sini. Ikhlas dari RSAM82 (http//:tensenjournal.blogger.com)
No comments:
Post a Comment