Monday, 19 December 2011

Berhutang Untuk Kaya.. Ahah..

Rasanya bila kita bercakap sahaja berkenaan hutang, ramai yang angkat kening.. Hutang?? bukankah lebih baik sekiranya hidup tidak berhutang.. jawapanya Ya.. tetapi pada masa yang sama juga Tidak. Sekiranya diperhatikan, konsep berhutang itu penting bagi menggerakkan ekonomi. Boleh dilihat, perniagaan-perniagaan  akan  mendapatkan pembiayaan daripada bank bagi menggerakkan operasi mereka ataupun bagi membolehkan perniagaan-perniagaan mereka dikembangkan.

Bagi kita sebagai pengguna peribadi, konsep berhutang mungkin hanya digunakan apabila kita  benar-benar memerlukan pembiayaan (benar??), mungkin bermula apabila kita memasuki institusi-institusi pengajian tinggi, kita mengambil PTPTN. Selepas itu kita mula bekerja, kita mengambil pula pembiayaan kenderaan.. Eksekutif muda la katakan.. kereta mesti hebat sikit, xkan pakai kancil, itu student pn ramai pakai.. bagi menampung keperluan perbelanjaan harian.. kita dapatkan pula kredit kad.. baju-baju cantik, beg, kasut.. handphone, ipad.., tapi tidak kisah, dengan adanya kredit kad, swipe kan aje... and then.. tiba hari yang dinanti, serunya dah sampai.. maka kita buat pula pinjaman peribadi.. Nak kawen sekarang bukan senang, kurang-kurangnya RM30k yop!! Memang susah, terutamanya yang berpendapatan rendah.. selepas itu, mahligai yang telah dibina, harus dilengkapkan dengan istana yang indah, so kita buat pula pembiayaan rumah, untuk kita duduki.

Kesemua, pembiayaan-pembiayaan di atas, sekiranya diterjemahkan ke dalam komitmen bulanan kita, maka ramai yang mengeluh berkenaan bebanan yang ditanggung. Silap-silap haribulan bagi yang tidak pandai menguruskan kewangan, mungkin ada yang muflis.

Sebenarnya, tanpa kita sedari, sebagai pengguna biasa, kita telah terbiasa berhutang apabila benar-benar memerlukan sesuatu yang kita tidak mampu, seperti kereta, rumah untuk diduduki, perbelanjaan harian.. Sekiranya ada duit lebih, bagi yang pandai berjimat, barulah disimpan atau dilaburkan.. Apabila dipraktikkan perkara ini, berhutang telah menjadi sesuatu komitmen ataupun bebanan kepada kita. Mesti ada di antara kita yang pernah mendengar ataupun pernah berkata,
 "ai.. aku ni dapat gaji, just nk langsaikan hutang aku aje.." Secara tidak langsung, kita seboleh bolehnya mengelakkan hutang.. ada yang mengatakan kebebasan kewangan adalah hidup tanpa berhutang. adakah benar perkara ini.

Jikalau kita membuat pembacaan di dalam buku-buku pakar kewangan, konsep berhutang boleh di bahagikan kepada 2 atas, iaitu hutang yang baik, dan hutang yang tidak baik.

Hutang yang tidak baik adalah seperti hutang kad kredit, hutang kenderaan ataupun hutang peribadi. Di mana kegunaannya bukanlah bertujuan untuk menambah pendapatan, tetapi bertujuan untuk membiayai sesuatu keperluan peribadi. Di sini, apa yang berlaku adalah, kita terpaksa mengeluarkan duit poket sendiri untuk melangsaikannya.

Hutang yang baik, adalah seperti membuat pembiayan perumahan untuk pelaburan, dimana hutang kita dibayar oleh penyewa rumah. Mesti ramai yang pernah mendengar pembiayaan ASB, iaitu hutang bagi membiayai pembelian ASB. Begitu juga hutang bagi membiayai pendidikan kita, di mana hasilnya, dapat menambah pengalaman kita dan potensi kita untuk mendapat kenaikan gaji atau pangkat.

Para pelabur, seperti pelabur hartanah, menggunakan konsep berhutang dalam membuat pelaburan dengan pembiayaan secara tidak langsung dibiayai oleh penyewa. Bukankah cantik, kita membeli aset yang bernilai ratusan ribu ringgit dan dibayar pula oleh penyewa. Dalam pada yang sama, sekiranya terdapat aliran positif tunai, hasil perbezaan di antara pembayaran bank dan kadar sewa, dapat menambahkan duit kocek kita. Ahah..

Walaubagaimanapun, terpulang kepada kita untuk menguruskan perbelanjaan kita. Konsep berhutang untuk kaya melalui pelaburan atau perniagaan adalah baik, tetapi haruslah didahulukan dengan ilmu di dada. Bukan sembarono untuk melakukannya. Dan paling mustahak kita memerlukan model pengurusan hutang ataupun kewangan yang baik. Pada masa ini, terdapat banyak bahan bacaan ataupun seminar yang dianjurkan oleh mereka yang professional untuk melatih kita ataupun memberi khidmat nasihat kepada kita.

Akhir kata, jadilah penghutang yang bijak, dan bagi yang Muslim,
gunakanlah produk kewangan Islam yang banyak di pasaran..
jangan sampai tak bayar hutang,
nanti along.. along bukit beluntung.. potong jari..

Sekadar gurauan, jangan sesekali berhutang dengan along. (period)






No comments:

Post a Comment