Tuesday, 6 December 2011

6 Perkara Mudah Yang Boleh Kita Lakukan Bagi Penjimatan Wang

Berikut merupakan 5 perkara mudah yang telah atau pernah saya lakukan bagi penjimatan perbelanjaan. (Penulis tidak bertanggungjawap di atas segala kerugian atau kerosakan yang berlaku apabila anda menggunapakai idea-idea di bawah ya. Lakukan kajian anda)




  • Lakukan pindahan baki kad kredit sedia ada kepada kad yang menawarkan 0% terhadap pindahan baki. Bagi yang mempunyai lebih dari satu kad kredit, lakukan pindahan baki kepada kad kredit yang menawarkan 0% transfer balance. Baru-baru ini, saya ada melihat promosi yang dilakukan oleh CIMB Bank, iaitu penawaran 0% selama 6 bulan terhadap pindahan baki yang dilakukan. [disclaimer: sila dapatkan nasihat pihak Bank dahulu sebelum melakukan keputusan, penulis tidak bertanggungjawap terhadap sebarang kesilapan yang anda lakukan ya. :) ]  


  • Sediakan minima 2 akaun simpanan. Akaun pertama untuk kegunaan perbelanjaan seharian, akaun kedua pula untuk simpanan bagi tujuan-tujuan kecemasan. Pastikan anda tidak menggunakan akaun kedua untuk kegunaan perbelanjaan seharian ya. Bagi mereka yang tidak dapat mengawal nafsu untuk bershopping tu, pastikan kad atm akaun kedua tidak disimpan di dalam dompet anda, tetapi disimpan di tempat lain yang selamat. Hehehe, paham kan maksud saya.  Oh ya, akaun yang kedua ini pula, bakinya janganlah terlalu banyak sampaikan menjangkau puluhan ribu, adalah lebih baik, baki yang banyak itu, disimpan atau dilaburkan ke skim-skim pelaburan yang diluluskan (dan halal) untuk pulangan yang lebih menguntungkan.
  • Bawa bekal makan tengah hari ke pejabat. Bagi yang berkesempatan, cuba bawa bekal ke pejabat untuk makan tengah hari. Bayangkan sekiranya perbelanjaan makan anda pada waktu tengah hari sahaja menjangkau RM10/hari. Berapa penjimatan anda sebulan... Tapi awas.. jgn sampai menjadi kera sumbang pula ya, sampai langsung tidak makan bersama rakan-rakan yang lain, sekali sekala, join la juga ya.


  • Bertukar kepada pelan telefon yang lebih murah. Buat perbandingan pelan-pelan telefon yang ditawarkan syarikat telekomunikasi, dan pilihlah syarikat yang menawarkan pelan yang lebih murah. Saya telah lakukan, dan memperolehi penjimatan RM50/bulan... RM600 setahun.. banyak tu..


  • Memperbanyakkan Ilmu Pengurusan Wang Anda. Dewasa ini terdapat banyak sekali bahan-bahan bacaan daripada internet ataupun buku-buku terbitan dan seminar-seminar yang dianjurkan oleh konsultan kewangan bagi menguruskan kewangan anda. Bagi saya ia adalah pelaburan yang bijak, bukan sahaja penting untuk menguruskan kewangan anda, tapi juga penting untuk persediaan masa hadapan. Nak kahwin pun paling koman RM20k oit sekarang ini.. Kalau sebulan baru boleh simpan RM200, setahun (12bulan x RM200) baru RM2400, bila nak kawen oit... Erm, tidakkah anda mahu bijak menguruskan kewangan anda? Saya syorkan anda membaca buku tips kewangan Panduan Wang Gaji yang ditulis oleh Saudara Khairulnahar a.k.a Thinkerich, salah seorang pakar motivasi dan perunding kewangan di Malaysia ini. Salah sebuah karya beliau telah diterbitkan oleh pihak True Wealth iaitu syarikat Penerbitan milik Saudara Azizi Ali,  Jurulatih Jutawan Malaysia. 




Bagaimana... perkara ini rasanya tidak terlalu susah dan boleh dipraktikkan seharian bukan.. sekiranya mempunyai komen or pandangan, hantarkan kepada saya ya.. renung-renungkan dan selamat berjimat..




















No comments:

Post a Comment