Thursday, 29 December 2011

Rumah mewah tak laku?



PERMINTAAN tinggi rumah mampu milik menyaksikan pemaju lebih berminat membinanya pada masa depan. – Gambar hiasan
KUALA LUMPUR 28 Dis. – Pasaran hartanah kediaman diramalkan kekal menggalakkan pada tahun depan apabila rumah mampu milik dijadikan tumpuan.

Bagaimanapun, OSK Research berkata, pada masa yang sama segelintir pemaju juga lebih berhati-hati terhadap tinjauan kediaman mewah bertanah dan unit-unit kediaman tinggi.

Katanya, kebanyakan projek perumahan yang dilancarkan baru-baru ini melibatkan rumah mewah, sekali gus memberi isyarat tentang arah aliran pembinaan rumah tersebut telah sampai ke penghujung dan para pemaju cuba menguasai baki permintaan sebelum sentimen mendapatkan rumah mewah mulai pudar.

‘‘Seterusnya, kami menjangka para pemaju menumpukan kepada pembinaan rumah mampu milik untuk menampung permintaan yang tinggi terutama kepada pembeli kali pertama,” kata firma penyelidikan itu.
Peralihan itu semakin jelas apabila pemaju rumah mewah seperti SP Setia dan Mah Sing mengambil alih tanah yang luas di Lembah Klang bagi membangunkan kawasan perbandaran sedemikian yang menawarkan perumahan mampu dimiliki.

“Bagi pemaju yang masih fokus pada pasaran mewah, tawaran yang dibuat semakin mengecil,’’ ujarnya.

Tuesday, 27 December 2011

How a Millionaire’s Brain Works


A man walked into a bank in New York City one day and asked for the loan officer.
He told the loan officer that he was going to Philippines on business for two weeks and needed to borrow $5,000. The bank officer told him that the bank would need some form of security for the loan.
Then the man handed over the keys to a new Ferrari parked on the street in front of the bank. He produced the title and everything checked out The loan officer agreed to accept the car as collateral for the loan.The bank’s president and its officers all enjoyed a good laugh at the guy for using a $250,000 Ferrari as collateral against a $5,000 loan.
An employee of the bank then drove the Ferrari into the bank’s underground garage and parked it there.Two weeks later, the guy returned, repaid the $5,000 and the interest, which came to $15.41.
The loan officer said, “Sir, we are very happy to have had and this transaction has worked out very nicely, but we are a little puzzled. While you were away, we checked you out and found that you are a multi millionaire. What puzzles us is, why would you bother to borrow “$5,000″.
The millionaire replied: “Where else in New York City can I park my car for $15.41 and expect it to be there when I return”
Well thats how the rich stay rich, they know a lot more about Money Management. All the millionaires I have met in my life were penny wise. Look after your cents and the Dollars will look after themselves.

Monday, 19 December 2011

Berhutang Untuk Kaya.. Ahah..

Rasanya bila kita bercakap sahaja berkenaan hutang, ramai yang angkat kening.. Hutang?? bukankah lebih baik sekiranya hidup tidak berhutang.. jawapanya Ya.. tetapi pada masa yang sama juga Tidak. Sekiranya diperhatikan, konsep berhutang itu penting bagi menggerakkan ekonomi. Boleh dilihat, perniagaan-perniagaan  akan  mendapatkan pembiayaan daripada bank bagi menggerakkan operasi mereka ataupun bagi membolehkan perniagaan-perniagaan mereka dikembangkan.

Bagi kita sebagai pengguna peribadi, konsep berhutang mungkin hanya digunakan apabila kita  benar-benar memerlukan pembiayaan (benar??), mungkin bermula apabila kita memasuki institusi-institusi pengajian tinggi, kita mengambil PTPTN. Selepas itu kita mula bekerja, kita mengambil pula pembiayaan kenderaan.. Eksekutif muda la katakan.. kereta mesti hebat sikit, xkan pakai kancil, itu student pn ramai pakai.. bagi menampung keperluan perbelanjaan harian.. kita dapatkan pula kredit kad.. baju-baju cantik, beg, kasut.. handphone, ipad.., tapi tidak kisah, dengan adanya kredit kad, swipe kan aje... and then.. tiba hari yang dinanti, serunya dah sampai.. maka kita buat pula pinjaman peribadi.. Nak kawen sekarang bukan senang, kurang-kurangnya RM30k yop!! Memang susah, terutamanya yang berpendapatan rendah.. selepas itu, mahligai yang telah dibina, harus dilengkapkan dengan istana yang indah, so kita buat pula pembiayaan rumah, untuk kita duduki.

Kesemua, pembiayaan-pembiayaan di atas, sekiranya diterjemahkan ke dalam komitmen bulanan kita, maka ramai yang mengeluh berkenaan bebanan yang ditanggung. Silap-silap haribulan bagi yang tidak pandai menguruskan kewangan, mungkin ada yang muflis.

Sebenarnya, tanpa kita sedari, sebagai pengguna biasa, kita telah terbiasa berhutang apabila benar-benar memerlukan sesuatu yang kita tidak mampu, seperti kereta, rumah untuk diduduki, perbelanjaan harian.. Sekiranya ada duit lebih, bagi yang pandai berjimat, barulah disimpan atau dilaburkan.. Apabila dipraktikkan perkara ini, berhutang telah menjadi sesuatu komitmen ataupun bebanan kepada kita. Mesti ada di antara kita yang pernah mendengar ataupun pernah berkata,
 "ai.. aku ni dapat gaji, just nk langsaikan hutang aku aje.." Secara tidak langsung, kita seboleh bolehnya mengelakkan hutang.. ada yang mengatakan kebebasan kewangan adalah hidup tanpa berhutang. adakah benar perkara ini.

Jikalau kita membuat pembacaan di dalam buku-buku pakar kewangan, konsep berhutang boleh di bahagikan kepada 2 atas, iaitu hutang yang baik, dan hutang yang tidak baik.

Hutang yang tidak baik adalah seperti hutang kad kredit, hutang kenderaan ataupun hutang peribadi. Di mana kegunaannya bukanlah bertujuan untuk menambah pendapatan, tetapi bertujuan untuk membiayai sesuatu keperluan peribadi. Di sini, apa yang berlaku adalah, kita terpaksa mengeluarkan duit poket sendiri untuk melangsaikannya.

Hutang yang baik, adalah seperti membuat pembiayan perumahan untuk pelaburan, dimana hutang kita dibayar oleh penyewa rumah. Mesti ramai yang pernah mendengar pembiayaan ASB, iaitu hutang bagi membiayai pembelian ASB. Begitu juga hutang bagi membiayai pendidikan kita, di mana hasilnya, dapat menambah pengalaman kita dan potensi kita untuk mendapat kenaikan gaji atau pangkat.

Para pelabur, seperti pelabur hartanah, menggunakan konsep berhutang dalam membuat pelaburan dengan pembiayaan secara tidak langsung dibiayai oleh penyewa. Bukankah cantik, kita membeli aset yang bernilai ratusan ribu ringgit dan dibayar pula oleh penyewa. Dalam pada yang sama, sekiranya terdapat aliran positif tunai, hasil perbezaan di antara pembayaran bank dan kadar sewa, dapat menambahkan duit kocek kita. Ahah..

Walaubagaimanapun, terpulang kepada kita untuk menguruskan perbelanjaan kita. Konsep berhutang untuk kaya melalui pelaburan atau perniagaan adalah baik, tetapi haruslah didahulukan dengan ilmu di dada. Bukan sembarono untuk melakukannya. Dan paling mustahak kita memerlukan model pengurusan hutang ataupun kewangan yang baik. Pada masa ini, terdapat banyak bahan bacaan ataupun seminar yang dianjurkan oleh mereka yang professional untuk melatih kita ataupun memberi khidmat nasihat kepada kita.

Akhir kata, jadilah penghutang yang bijak, dan bagi yang Muslim,
gunakanlah produk kewangan Islam yang banyak di pasaran..
jangan sampai tak bayar hutang,
nanti along.. along bukit beluntung.. potong jari..

Sekadar gurauan, jangan sesekali berhutang dengan along. (period)






Sunday, 18 December 2011

Moderate outlook for property sector in 2012

KUALA LUMPUR: The local property market will see moderate growth in 2012 due to the gloomy outlook of the global economy. Some areas and certain property types may see some price correction, according to real estate valuer and consultant James Wong, director of VPC (KL) Sdn Bhd.

“There is still no solution to the European debt crisis and because of that, export-driven countries like China, India, Brazil and Malaysia will be effected,” Wong said.

The correction in prices will be seen in the office sector and luxury condominium and serviced apartments in Kuala Lumpur city centre, while prices for landed homes, industrial and retail property are expected to remain stable, he said.

Wong was addressing a press conference by the Association of Valuers, Property Managers, Estate Agents and Property Consultants in the Private Sector, Malaysia (PEPS) on its upcoming 5th Malaysian Property Summit 2012 yesterday.


Also present was Foo Gee Jen, organising chairman and managing director of C H Williams Talhar & Wong Sdn Bhd, Datuk Mani Usilappan, retired director-general of the Valuation and Property Services Department and PEPS president Choy Yue Kwong.
Wong said there are several other factors that could drive property price growth flat, including the more cautious approach to lending being taken by financial institutions. Loanmargins may be reduced, which will definitely affect buying decisions. Besides, from Jan 1, the debt service ratio of a loan applicant will be calculated based on net income instead of gross income and as a result, fewer buyers will qualify for loans, said Wong.

Political uncertainties caused by the upcoming general election amid whispers of a possible hung parliament are also a cause for concern and impact general market sentiments, he said.
However, Wong said it is not likely that Malaysia will experience a property bubble.
“Malaysia’s property prices, despite being high, have increased gradually and because of this, a bubble will not occur as the government is still mindful of such situations and is taking measures to curb speculation,” Wong said. “So there won’t be a bubble bursting but a minor price correction next year.”
The property market this year is projected to hit 400,000 transactions worth RM120 billion.

According to Wong, new growth areas in the Klang Valley and Greater Klang Valley will be coming up along the LRT extension lines and the MRT Sungai Buloh-Kajang line.
PEPS is organising the Malaysian Property Summit on Jan 17 at the Sime Darby Convention Centre. Speakers will include Foo, Datuk Abdullah Thalith Mohd Thani, director-general of the Valuation and Property Services Department, Ho Chin Soon, director of Ho Chin Soon Research Sdn Bhd, Danny SK Yeo, deputy managing director of C H Williams Talhar & Wong, Allan Soo, managing director of CB Richard Ellis (M) Sdn Bhd, Anthony Chua, executive director of KGV International Property Consultants (M) Sdn Bhd and Leslie Kho Joo Hee, executive director of Knight Frank Malaysia.
According to Choy, the summit is a much anticipated event due to its “no frills and all information” content.

Source: The Edge Malaysia

Pelajari Teknik Pelaburan Hartanah Tanpa Modal Yang Besar di Sini

Thursday, 8 December 2011

SP Setia targets RM4bil in property sales

The Star
9 November 2011


Developer posts 30% jump in FY11 net profit

SHAH ALAM: SP Setia Bhd posted a 30% year-on-year jump in net profit to RM327.97mil for its financial year ended Oct 31, 2011 (FY11). The property developer attributed this mainly to higher selling prices for new launches and the stabilisation in the prices of construction materials. Revenue also increased 27.9% to RM2.23bil.

The group also set a new full-year sales record in FY11 of RM3.29bil, a 42% increase from the previous record of RM2.31bil set in FY10.
Liew: ‘We target 70% of our product range in Singapore to cater to local upgraders.’

It was the fourth consecutive year of increase in the group's sales and represented the second consecutive year that total group sales had exceeded the RM2bil mark, said SP Setia in a Bursa Malaysia filing.

(The sales figures are based on the retail pricing of properties sold, while revenue is recognised in the accounts when the developer is paid at the point of purchase and also when construction is completed in stages.)
SP Setia has proposed a final dividend of 9 sen per share. Together with the interim dividend of 5 sen per share, total dividend for the year works out to be 14 sen per share, representing a payout of about 59% of the group's net profit.

The group's profit and revenue were largely derived from property developments in the Klang Valley, Johor Baru and Penang.

Baca Seterusnya

p/s: when the developer is confident and performing well, is good for investors too.. :)


Be Positive

Bergambar Bersama Dr Niki


Saya berpeluang untuk menghadiri Seminar oleh Dr Niki Syuhada Syukor berkenaan kepentingan berfikiran positif bagi mencapai kejayaan di dalam kehidupan. Di dalam seminar, beliau menerangkan bagaimana menerapkan elemen-elemen positif di dalam pemikiran kita yang seterusnya boleh diterapkan agar menjadi sebahagian dalam diri kita. Beliau mempunyai autobiography nya sendiri tulisan David Goh bertajuk 'Ambition, Aspiration & Achievement..




Klik utk Blog Dr Niki

Dapat autograph semasa membeli autobiography Beliau










Tuesday, 6 December 2011

6 Perkara Mudah Yang Boleh Kita Lakukan Bagi Penjimatan Wang

Berikut merupakan 5 perkara mudah yang telah atau pernah saya lakukan bagi penjimatan perbelanjaan. (Penulis tidak bertanggungjawap di atas segala kerugian atau kerosakan yang berlaku apabila anda menggunapakai idea-idea di bawah ya. Lakukan kajian anda)


  • Pilih kad kredit yang mengenakan kadar keuntungan paling rendah. Sebagai contoh, sekiranya anda mempunyai baki kad sebanyak RM5k dengan kadar keuntungan 18% setahun (istilah interest kalau menggunakan kad kredit konvensional), bermakna kadar keuntungan setahun adalah bersamaan RM900. Cuba tukarkan kepada kad kredit yang mempunyai kadar keuntungan lebih rendah, misalnya 12% setahun, bersamaan  RM600 setahun, itu adalah penjimatan sebanyak RM300, mungkin bersamaan dengan belanja duit minyak anda sebulan.  


  • Lakukan pindahan baki kad kredit sedia ada kepada kad yang menawarkan 0% terhadap pindahan baki. Bagi yang mempunyai lebih dari satu kad kredit, lakukan pindahan baki kepada kad kredit yang menawarkan 0% transfer balance. Baru-baru ini, saya ada melihat promosi yang dilakukan oleh CIMB Bank, iaitu penawaran 0% selama 6 bulan terhadap pindahan baki yang dilakukan. [disclaimer: sila dapatkan nasihat pihak Bank dahulu sebelum melakukan keputusan, penulis tidak bertanggungjawap terhadap sebarang kesilapan yang anda lakukan ya. :) ]  


  • Sediakan minima 2 akaun simpanan. Akaun pertama untuk kegunaan perbelanjaan seharian, akaun kedua pula untuk simpanan bagi tujuan-tujuan kecemasan. Pastikan anda tidak menggunakan akaun kedua untuk kegunaan perbelanjaan seharian ya. Bagi mereka yang tidak dapat mengawal nafsu untuk bershopping tu, pastikan kad atm akaun kedua tidak disimpan di dalam dompet anda, tetapi disimpan di tempat lain yang selamat. Hehehe, paham kan maksud saya.  Oh ya, akaun yang kedua ini pula, bakinya janganlah terlalu banyak sampaikan menjangkau puluhan ribu, adalah lebih baik, baki yang banyak itu, disimpan atau dilaburkan ke skim-skim pelaburan yang diluluskan (dan halal) untuk pulangan yang lebih menguntungkan.
  • Bawa bekal makan tengah hari ke pejabat. Bagi yang berkesempatan, cuba bawa bekal ke pejabat untuk makan tengah hari. Bayangkan sekiranya perbelanjaan makan anda pada waktu tengah hari sahaja menjangkau RM10/hari. Berapa penjimatan anda sebulan... Tapi awas.. jgn sampai menjadi kera sumbang pula ya, sampai langsung tidak makan bersama rakan-rakan yang lain, sekali sekala, join la juga ya.


  • Bertukar kepada pelan telefon yang lebih murah. Buat perbandingan pelan-pelan telefon yang ditawarkan syarikat telekomunikasi, dan pilihlah syarikat yang menawarkan pelan yang lebih murah. Saya telah lakukan, dan memperolehi penjimatan RM50/bulan... RM600 setahun.. banyak tu..


  • Memperbanyakkan Ilmu Pengurusan Wang Anda. Dewasa ini terdapat banyak sekali bahan-bahan bacaan daripada internet ataupun buku-buku terbitan dan seminar-seminar yang dianjurkan oleh konsultan kewangan bagi menguruskan kewangan anda. Bagi saya ia adalah pelaburan yang bijak, bukan sahaja penting untuk menguruskan kewangan anda, tapi juga penting untuk persediaan masa hadapan. Nak kahwin pun paling koman RM20k oit sekarang ini.. Kalau sebulan baru boleh simpan RM200, setahun (12bulan x RM200) baru RM2400, bila nak kawen oit... Erm, tidakkah anda mahu bijak menguruskan kewangan anda? Saya syorkan anda membaca buku tips kewangan Panduan Wang Gaji yang ditulis oleh Saudara Khairulnahar a.k.a Thinkerich, salah seorang pakar motivasi dan perunding kewangan di Malaysia ini. Salah sebuah karya beliau telah diterbitkan oleh pihak True Wealth iaitu syarikat Penerbitan milik Saudara Azizi Ali,  Jurulatih Jutawan Malaysia. 




Bagaimana... perkara ini rasanya tidak terlalu susah dan boleh dipraktikkan seharian bukan.. sekiranya mempunyai komen or pandangan, hantarkan kepada saya ya.. renung-renungkan dan selamat berjimat..




















Saturday, 3 December 2011

Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 / Money Laundering

Akta baru iaitu (Money Services Business Act a.k.a Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011) telah dilancarkan bagi memperkemaskan sistem kewangan negara terhadap aktiviti Money Laundering. Sepintas lalu artikel daripada The Edge Financial DailyFriday, 02 December 2011.


Money Services Business Act comes into force 


KUALA LUMPUR: The Money Services Business Act 2011 came into force yesterday, announced Bank Negara Malaysia (BNM), along with the repeal of the Money Changing Act 1998.

According to the statement by BNM, the new Act will comprise a single, uniform regulatory framework for current licensees, who were governed under three laws — Money Changing Act 1998, the Payment Systems Act 2003 and the Exchange Control Act 1953.

These licensees are in the business of money changing, remittance and wholesale currency.

“The new Act supports the development of a more dynamic, competitive and professional money services business industry, while strengthening safeguards against money laundering, terrorist financing and illegal activities,” said BNM.

Although the exact details of the Act were not up yet on BNM’s website at the time of writing, the main thrusts include stronger prudential requirements, greater transparency and protection for customers and a wider scope of activities for those that meet the necessary requirements.

In terms of the prudential requirements, BNM said, “This will focus in particular on ensuring the effective oversight and control of the conduct and operations of licensed entities to safeguard the integrity of, and confidence in the money services industry.”

As for the increased transparency, BNM said it would be supported by wider enforcement powers provided for the central bank to take action against non-compliance or breaches of regulatory requirements.

“Also in line with the efforts to further develop and modernise the industry, licensed entities that can demonstrate the financial and operational capacity to effectively manage and control risks in the business with high professional standards of conduct, will be able to expand their current scope of activities to provide a wider range of services that can include money changing, remittance and wholesale currency services under a single licence,” said BNM.

The central bank said those entities would also be allowed to enjoy greater operational flexibilities and a broader outlook, which would then allow them to appoint existing smaller licensees as agents.

“The new landscape thus provides opportunities for greater synergies to be reaped through business arrangements that are more efficient, while evolving a more advanced and viable industry that will complement the banking sector in delivering convenient and high quality financial services to individuals and businesses,” said BNM.

According to information from BNM, the number of non-bank remittance service providers had increased to 39 as at end-2010 from three as at end-2005.

“Consequently, total outward remittance through the formal channels has grown significantly by 119.7% to RM13.4 billion in 2010 from RM6.1 billion in 2005,” said the central bank. As for those who offer money changing services, there are over 800 licensees operating at more than 1,000 premises. “As at end-August 2011, the total turnover of the industry stood at RM17.7 billion, an increase of 49% from 2005,” said BNM.

The central bank initiated the review of the legal and regulatory framework for the industry in 2009, which culminated with the new Act being passed in July this year.

Teknik Pelaburan Hartanah



Di Malaysia, pelaburan di dalam hartanah bukanlah perkara asing dewasa ini dan telah dilakukan berdekat lalu. Namun, kekurangan fasiliti kewangan membataskan pelaburan ini kepada mereka yang berpendapatan mewah, ataupun sekiranya ada dari golongan yang berpendapatan sederhana ataupun rendah, peratusannya amatlah sedikit, a.k.a ciput aje..Di Malaysia, pelaburan di dalam hartanah bukanlah perkara asing dewasa ini dan telah dilakukan berdekat lalu. Namun, kekurangan fasiliti kewangan membataskan pelaburan ini kepada mereka yang berpendapatan tinggi, ataupun sekiranya ada dari golongan yang berpendapatan sederhana ataupun rendah, peratusannya amatlah sedikit, a.k.a ciput aje..

Tetapi sekiranya diperhatikan, hampir 5 tahun kebelakangan ini, pelaburan di dalam sektor hartanah mula diperkatakan oleh ramai pihak. Ya. semua orang berminat ingin melabur di dalam hartanah. Didorong oleh pulangan pelaburan yang sangat menguntungkan & dibantu oleh fasiliti kewangan yang semakin pelbagai dan kompetitif (dengan erti  kata lain, menguntungkan para pelabur hartanah). 


Kemunculan produk-produk kewangan Islam yang semakin banyak dari pelbagai institusi perbankan juga menyebabkan, mereka yang pada mulanya ragu-ragu untuk melabur semakin berani membuka langkah di dalam pelaburan hartanah. Pergi sahaja ke mana mana institusi perbankan Islam pasti ramai yang mengakui, produk-produk yang ditawarkan adalah setanding (ataupun lebih baik) dengan produk-produk konvensional. Kita tinggalkan dulu bab produk kewangan Islam ini, InsyaAllah akan dibicarakan pada post yang akan datang secara sepintas lalu (kalau secara komprehensif, ana bukan ahli di dalam perbankan syariah Islam lah).





Namun, walaupun pulangan daripada pelaburan hartanah adalah sangat menguntungkan, terdapat beberapa faktor yang perlu diberi perhatian oleh mereka yang ingin menceburkan diri, berdasarkan pengalaman saya sendiri yang baru berjinak-jinak di dalam pelaburan hartanah (Cita-cita ingin menjadi seperti mentor saya DSR, mentor pelaburan [dan juga pelabur] hartanah di Malaysia, InsyaAllah), beberapa teknik perlu dipraktikkan bagi memastikan anda benar-benar mengoptimumkan potensi pelaburan anda. Ingat!!!, pelaburan hartanah juga mempunyai risiko yang tersendiri. Teknik-teknik ini adalah:



  1. Sumber kewangan...... Others People Money!!! Ya, pelabur hartanah yang bijak, mengunakan teknik ini bagi pelaburan mereka. Ketahui teknik pelaburan ini di sini
  2. Aliran Tunai Positif. Ketahui teknik pelaburan ini di sini
  3. Lokasi
  4. Lokasi
  5. Lokasi
Tidak dinafikan dan telah dibuktikan iaitu terdapat individu di Malaysia yang berpendapatan RM2,500 berjaya membeli 9 hartanah di dalam masa 6 bulan sahaja. Orang putih cakap, 'sound to good to be true', tetapi ini adalah hakikat pelaburan hartanah, iaitu dewasa ini, di Malaysia, orang seperti kita juga boleh berjaya di dalam pelaburan hartanah. Ingin berguru dengan mentor pelabur ini, klik sini

Akhir kata, pelaburan hartanah menjanjikan pulangan yang lumayan, lumayan dengan erti kata lain, sekiranya kita tahu teknik yang betul untuk melabur sahaja. Mungkin ramai yang mengatakan, mereka juga berjaya mendapat pulangan yang baik tanpa asas pelaburan hartanah yang kukuh. Tetapi, jangan lupa, ramai juga  yang terkandas, diingatkan sekali lagi, pelaburan hartanah mempunyai risiko yang tersendiri, apatah lagi ia melibatkan pelaburan yang banyak, . Jadi penuhi dahulu ilmu di dada dengan banyakkan membaca buku-buku pelaburan hartanah ataupun menyertai seminar/coaching program daripada mereka yang professional (dengan erti kata lain, pelabur hartanah) seperti yang dianjurkan oleh Dr Shah Wan Razali (DSR). Sekiranya anda berminat untuk mengikuti seminar pelaburan hartanah beliau, klik sini. Ikhlas dari RSAM82 (http//:tensenjournal.blogger.com)